Sunday 15 April 2012

PROGRAM GILAP GEMILANG

12 April 2012 [Khamis]

Seperti tahun-tahun sebelumnya, SK Sri Kerian telah menganjurkan satu program khusus untuk murid-murid tahun 6 sebagai persedian menghadapi peperiksaan UPSR.
Program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah ini dinamakan "Program Gilap Gemilang" dengan melibatkan pelajar tahun 6 beserta waris mereka.
Sambutan terhadap program ini amat memberangsangkan dengan kehadiran waris-waris murid tahun 6 memenuhi dewan sekolah.
Pengisian Program Gilap Gemilang ini amat menarik minat pelajar dan ibu bapa yang hadir dengan menampilkan Pegawai Teknologi Pendidikan dari Jabatan Pelajaran Perak iaitu En.Abdul Aziz Bin Jamaluddin.
Jutaan terima kasih kepada En.Abdul Aziz Bin Jamaluddin di atas kesudian berkongsi ilmu sepanjang Program Gilap Gemilang ini berlangsung.
Waris yang hadis pada malam tersebut rata-ratanya berpuas hati.






Terima kasih semua..

No comments:

Post a Comment