Thursday 18 August 2011

Perjumpaan Khas Tuan PPD dengan Pelajar Tahun 6 SKSK




Tanggal hari Isnin 8 Ogos 2011,Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris selaku Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian telah sudi meluangkan masa bersama semua murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Kerian dalam satu majlis perjumpaan Khas "Pecutan Akhir 5A" di dewan Sekolah Kebangsaan Sri Kerian.
Dalam majlis tersebut Tuan PPD telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua murid-murid tahun 6 SK Sri Kerian yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelang agar terus berusaha dan berterusan berdoa dan bertawakkal kepada Allah..
Mudah mudahan perhatian serius yang diberikan oleh Tuan PPD itu menjadi perangsang kepada murid-murid untuk terus berusaha sekaligus menjadikan harapan dan cita-cita pihak sekolah untuk melihat murid-murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini mencapai kecermerlangan yang membanggakan.








Barisan Guru-Guru Panitia Pendidikan Islam & Moral SKSK


Barisan Guru-Guru Panitia Pendidikan Islam & Moral SK Sri Kerian..