Sunday 15 April 2012

PROGRAM GILAP GEMILANG

12 April 2012 [Khamis]

Seperti tahun-tahun sebelumnya, SK Sri Kerian telah menganjurkan satu program khusus untuk murid-murid tahun 6 sebagai persedian menghadapi peperiksaan UPSR.
Program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah ini dinamakan "Program Gilap Gemilang" dengan melibatkan pelajar tahun 6 beserta waris mereka.
Sambutan terhadap program ini amat memberangsangkan dengan kehadiran waris-waris murid tahun 6 memenuhi dewan sekolah.
Pengisian Program Gilap Gemilang ini amat menarik minat pelajar dan ibu bapa yang hadir dengan menampilkan Pegawai Teknologi Pendidikan dari Jabatan Pelajaran Perak iaitu En.Abdul Aziz Bin Jamaluddin.
Jutaan terima kasih kepada En.Abdul Aziz Bin Jamaluddin di atas kesudian berkongsi ilmu sepanjang Program Gilap Gemilang ini berlangsung.
Waris yang hadis pada malam tersebut rata-ratanya berpuas hati.






Terima kasih semua..

Semaian Budi..Seerat Kasih



KEARAH PRASEKOLAH CEMERLANG

12 April 2012 [Khamis]
Prasekolah SK Sri Kerian dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Jamuan makan tengahari bertemakan "Semaiam Budi..Seerat Kasih"
Majlis tersebut diadakan bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan kepada pihak prasekolah.
Jamuan makan tengahari dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi dan bacaan doa.
Bagi pihak Prasekolah Sk Sri Kerian, jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini dan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan kepada prasekolah.





Sunday 1 April 2012

Penyampaian Sijil dan Medal Bola Jaring Dan Kriket



Isnin 2 April 2012

Majlis penyampaian Sijil dan Medal Kejohanan Bola Jaring dan Kriket peringkat daerah telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sri Kerian Puan Hamsiah Binti Mohamad dan Penolong Kanan Kokurikulum.
Kejohanan peringkat daerah itu telah menyaksikan atlet-atlet SK Sri Kerian meraih Johan bola jaring dan Naib Johan Kriket.
Tahniah kepada atlet-atlet SK Sri Kerian.





Saturday 31 March 2012

BARISAN GURU-GURU SKSK 2012

SK Sri Kerian Naib Johan Kriket


Kejohanan Kriket Sekolah-sekolah Rendah Bawah 12 Tahun Daerah Kerian 2012

Tahniah kepada pasukan kriket SK Sri Kerian yang memperolehi Naib Johan
Kejohanan Kriket Sekolah-sekolah Rendah Bawah 12 Tahun Daerah Kerian 2012.

Teruskan usaha..





Thursday 18 August 2011

Perjumpaan Khas Tuan PPD dengan Pelajar Tahun 6 SKSK




Tanggal hari Isnin 8 Ogos 2011,Tuan Haji Mat Lazim Bin Idris selaku Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian telah sudi meluangkan masa bersama semua murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Kerian dalam satu majlis perjumpaan Khas "Pecutan Akhir 5A" di dewan Sekolah Kebangsaan Sri Kerian.
Dalam majlis tersebut Tuan PPD telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua murid-murid tahun 6 SK Sri Kerian yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelang agar terus berusaha dan berterusan berdoa dan bertawakkal kepada Allah..
Mudah mudahan perhatian serius yang diberikan oleh Tuan PPD itu menjadi perangsang kepada murid-murid untuk terus berusaha sekaligus menjadikan harapan dan cita-cita pihak sekolah untuk melihat murid-murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini mencapai kecermerlangan yang membanggakan.








Barisan Guru-Guru Panitia Pendidikan Islam & Moral SKSK


Barisan Guru-Guru Panitia Pendidikan Islam & Moral SK Sri Kerian..